Tuesday, 25 September 2012

we choose...


Aku ingin berubah menjadi lebih baik..
Aku ingin meninggalkan segala perkara yang membawa aku kepada perkara2 yg melalaikan..
Namun..aku tidak yakin dengan diri sendiri..mampukah aku?? Aku khuatir ia sekadar perkara yg bersifat sementara..imanku terlalu rapuh, mampu runtuh dengan terlalu mudah..
Tapi aku juga sedar bahawa akulah yg perlu terus berusaha dan bangkit..kerana tiada yg mampu merubah diriku melainkan AKU sendiri, insayaallah dengan izinNya.
Aku sedih dan kesal dengan diri sendiri, itulah hakikatnya. Walaupun kelihatannya aku gembira, aku sedar jiwaku ini ‘sakit’..
Dan kini aku sedang mula mencari penawar jiwaku ini.. Aku dapat merasakan bahawa aku terlalu jahat..terlalu kotor.
Aku terlalu keras hati, ego, mudah melatah..dan inilah yg membuat aku kecewa. Aku tidak dapat menipu diri sendiri lagi. Akulah yang yang bersalah ke atas segala masalah yang menimpa aku. Akulah yang patut bertanggungjawab.
Aku terlalu mementingkan diri sendiri dan mengikut amarah diri..akhirnya akulah yang tewas dan menjadi seorang yang jahat itu..
Aku HAMBA yang berdosa..
Aku terlalu hina..
Aku malu dengan KHALIQ penciptaku..yg mengetahui segala isi hatiku..
Wujudnya perasaan benci dari hitamnya hati..aku sedar tentang itu..Dan akulah yang berhati hitam itu.

No comments:

Post a Comment