Sunday, 28 October 2012

Semuanya kembali terbayang di mata bila ia sudah jauh dari pandangan..

Sungguh, rindu semua saat2 ni..

Bahagia sangat gambar ni,..well, every picture has its story..

Mungkin disinilah semuanya bermula..

So sweet...sayang sangat semua ahlinya..haha..mungkin ada yang terlebih 'sayang'..

Payah nak dapat gambar yang perfect tengah2 panas..hm, lpas ni pic rakan seperjuangan 4 tahun pula..wlpn setahun,segalanya bermakna..I LOVE TTS2..x dapat diluah dgn kata2 pun..aku baru sedar aku sayang diorang..haha..pelikla..
AKU SAYANG KAMU!! ^_^

crush??

At least aku harap blog ni memang untuk aku je bace sesorang..
aku rasa memang yang ni aku crush betul2 kot..Yelah,sebab aku memang selalu sangat crush dengan sesape je. Cuma yang ni cam lain sikit. Tapi aku memang tak harap apape pun. Buat apa kan, cuma, rasa suke tu fitrah, dan sebab aku kata aku rase serius tu sebab aku boleh delete semua data yang aku pernah crush sebelum ni cuma dengan yang sorang ni je. Biarlah kan, aku tak harap dia tahu pon.,mintak2 tak..hahah..biar jela aku sesorang yang mengarut kat sini. Aku bukan nak hipokrit tunjok baik kat orang. Tapi sebenarnya aku tak supot orang kapel dalam masa yang sama aku bukan senang2 nak claim itu ini haram..aku cuma harap apa yang terbaik tu akan muncul dalam hidup aku. Aku tak tahu bile aku akan mati, dan aku memang cuba buang rasa ni jauh2..sebab tade kepentingan pun. Siapalah aku, dibandingkan dia yang aku takdela rase perfect, cuma jauh lebih baik dari aku. Semua orang pun aku yakin suka kat dia, so memang taklah aku nak perasan sengsorang dia suka aku kan.. Sebab, ramai lagi baik dari aku, ramai lagi cantik dari aku..so,aku cuma akan suka dari jauh jela..sebab aku yakin ALLAH tu maha adil dan DIA dah tentukan yang terbaik buat aku,.Sebab tak semestinya aku akan dapat apa yang aku nak, tapi ALLAH sentiasa bagi aku yang terbaik. Tapi sebelum tu aku mesti kuatkan cinta aku dekat DIA. Barulah aku boleh kata aku cinta hambaNya yang juga mencintaiNya. Aku bukan suka mengarang novel jiwang, tapi inilah yang aku rasa fitrah yang aku sedang rasa. Mungkin juga ALLAH ingin uji aku dengan mengirim rasa ini, mungkin juga syaitan yang sengaja mengganggu jiwa dan perasaan aku. Tapi aku bertekad untuk mencuba dan terus mencuba menguatkan hubungan aku dengan ALLAH dulu sebelum aku pikirkan hal2 lain ni..Aku tak akan biarkan rasa ni buat kerja2 tergendala etc..sebab aku masih waras lagilah kann. So strategi aku untuk hadapi masa depan dan seterusnya ialah:

1. Jaga hubungan dengan ALLAH-cuba khusyuk dan solat awal waktu. Qiam bila ada kesempatan
2. Jaga hubungan dengan IBUBAPA-sabar,ikut cakap umi ayah,jgn melawan. Sentiasa ingat mereka tu Allah    bagi pinjam kejap je kat aku.
3. Jaga hubungan dengan manusia-jgn mengumpat atau mengutuk orang lain, selalu tengok keburukan dan kelemahan diri sendiri supaya tak rasa bongkak atau perasan bagus..

Buat masa ni, cukup dululah kot. Banyak2 sangat tak terbuat pulak.
So, apa yang penting : SABAR & IKHLAS..

YAKIN ALLAH BERSAMAKU..^_^

Friday, 12 October 2012

TSC 1 a.k.a science computer 1

Buat pertama kalinya aku buat entri pasal kelas aku ni..
So far, so good..
First time masuk kelas aku adela perasaan "kurang enak" sikit sebab ahli-ahlinya sendiri, but day after day, things got better. Aku cuba husnuz zonn kat semua, alhamdulillah aku selesa wlaupun bukan la selesa sgt pun. Aku bukan perkauman, tapi...erm..ntahla..something wrong somewhere. Aku akan cuba untuk fix yang tu. Perasaan aku makin stabil skarang. Insyaallah aku akan cuba fokus perkara yang penting je buat masa skarang. Perkara tak berkaitan, please move aside..Aku nak blajar..^_^

     Waktu mula - mula pilih class rep, asstnt tak dilantik, then dipendekkan citer, ade la hamba allah yg cadangkan aku, and just macam bidan terjun tetibe jd class assistant. Another story begins. Kredit topup tiap minggu habis sbb mcj..mulanya, aku betul2 ikhlas..but then, things change. Aku tahu aku bukan leader yang baik, aku byk kekurangan dan aku cuma harap classmate faham and support. Sama2 tolong. Tapi bila tak ikut apa yang diatur. aku pening. Walaupun memang rasa nak quit dalam masa x smpai sebulan pun, aku try tahan sebab aku tak nak jadik lembik, lemah dan mudah mengalah. At least aku nk endure only for this sem. Lepas ni memang jgn harapla. Aku tak suka diberi amanah sebab orang salahkan kita bila kita tersilap langkah. Well, lumrah alam...Satu lagi, walaupun orang tak nampak., or maybe orang nampak aku "terlalu semangat" buat sesuatu, semua sebab aku rasa tu adalah tanggungjawab, berat pun aku perlu pikul, ringan pun aku galas. Tapi aku cuba untuk ikhlaskan semula diri  sebab kalau tak, apapun tak jadi.

    Aku cuba jadi yang terbaik. Untuk koko aku sengaja pilih kelab Futsal sebab nak try sesuatu yang baru. Aku belajar 'KI a.k.a KEMAHIRAN INSANIAH. Walaupun aku rasa lepas setahun, self estim aku berkurang untuk cakap depan orang, aku sedang cuba untuk develope semula semua tu. Biaq bi nak kata apa pun,sukati akula. OOPS. Aku kena buang perasaan malu yang tak bertempat, dan aku cuba untuk jadi org professional, yang mana orang lain senang beurusan dgn aku. Lebih kurangla. Aku tak nak mix dengan personal feelings. Walaupun ada tersuka lebih kat someone or terbenci sikit kat sesape. Camtulah kot.
 

    Erm, usrah skarang dah start, and nak masuk perjumpaan kali ketiga pun. Hopefully dapatlah memenuhi kegersangan ilmu and rohaniah aku..

   

    

Tuesday, 25 September 2012

we choose...


Aku ingin berubah menjadi lebih baik..
Aku ingin meninggalkan segala perkara yang membawa aku kepada perkara2 yg melalaikan..
Namun..aku tidak yakin dengan diri sendiri..mampukah aku?? Aku khuatir ia sekadar perkara yg bersifat sementara..imanku terlalu rapuh, mampu runtuh dengan terlalu mudah..
Tapi aku juga sedar bahawa akulah yg perlu terus berusaha dan bangkit..kerana tiada yg mampu merubah diriku melainkan AKU sendiri, insayaallah dengan izinNya.
Aku sedih dan kesal dengan diri sendiri, itulah hakikatnya. Walaupun kelihatannya aku gembira, aku sedar jiwaku ini ‘sakit’..
Dan kini aku sedang mula mencari penawar jiwaku ini.. Aku dapat merasakan bahawa aku terlalu jahat..terlalu kotor.
Aku terlalu keras hati, ego, mudah melatah..dan inilah yg membuat aku kecewa. Aku tidak dapat menipu diri sendiri lagi. Akulah yang yang bersalah ke atas segala masalah yang menimpa aku. Akulah yang patut bertanggungjawab.
Aku terlalu mementingkan diri sendiri dan mengikut amarah diri..akhirnya akulah yang tewas dan menjadi seorang yang jahat itu..
Aku HAMBA yang berdosa..
Aku terlalu hina..
Aku malu dengan KHALIQ penciptaku..yg mengetahui segala isi hatiku..
Wujudnya perasaan benci dari hitamnya hati..aku sedar tentang itu..Dan akulah yang berhati hitam itu.

Wednesday, 5 September 2012

syukur vs kufur??

Bismillahirahmanirrahim..
    Di hening malam, aku terfikir, betapa beruntungnya aku hidup di muka bumi ini. Aku dipinjamkan nikmat iman dan islam. Nikmat keluarga, pelajaran, keamanan dan pelbagai lagi yang terlalu banyak untuk disebut satu persatu. Aku dipinjamkan kedua ibu bapaku. Dan aku juga amat menyedari bahawa sesetengah dari sahabat2 aku sendiri sudah ditarik kembali nikmat ini. Namun, aku sering membantah kata mereka, tidak cuba memahami situasi mereka, beranggapan buruk terhadap mereka dan pelbagai lagi.
   Aku cukup sedar akan semua itu. Dan aku turut merasakan kejahilan dan kejahatan diri ini..betapa aku hina..betapa aku seorang yang kufur. Tidak mensyukuri nikmat yang dipinjamkan ini..jahat..jahat..jahat..
Aku malu dengan diri sendiri..yang penuh dosa..yang sering mengikuti hawa nafsu yang mengikut kehendak duniawi..Aku marah dengan diri sendiri. dAN AKU TERUS MERASAKAN BETAPA KERDILNYA DIRI INI.
   Aku memerhatikannya. Aku sering merasakan betapa hina aku dibandingkan dengannya. Betapa dia suci, berakhlak dan aku terus mengagumi dan menyanjungi insan ini. Dan aku cuba untuk mengikut jejak langkahnya, Semoga pemilikku yang satu, mengizinkannya..aku cuba menyingkir perasaan yang datang, kerana aku terlalu kerdil berbandingnya. Dia begitu sempurna dimataku. Aku terlalu banyak khilafnya,terlalu besar amarahnya, terlalu jahil..dan aku cuba membaiki diri ini, dan semoga ALLAH bersamaku..
~selagi jantung ini berdegup, selagi nadi masih bernyawa~

Tuesday, 10 July 2012

bertambah @ berkurang..??..oh RAMADHAN is coming!!

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..
 
    Makin bertambah usia kita di dunia, bermakna, makin berkuranglah tempoh kita di sini. Meskipun itu juga bermakna makin bertambah pengalaman yang ditimba hari demi hari, namun ia tidak menjamin bertambahkah iman ini seiring waktu. Aku percaya perlunya ilmu seiring amal. Apa guna kita beramal kpd sesuatu tanpa mengetahui asbabnya? Sudah tentu tidak, barangkali itu hanya taklid semata - mata iaitu ikut - ikutan. Dan itulah yang aku takutkan. Betapa kurang ilmunya aku, jahilnya aku, lalu bagaimana aku mahu menjalani kehidupan sebagai hambaNya dgn sempurna seiring suruhanNYA? Jadi, memang ilmulah jawapan bagi segalanya, untuk menjadi penyuluh kpd dunia yg makin pudar cahaya.

   Aku bukanlah pendakwah, perdana menteri atau apa pun. Cuma aku sedang berusaha menjadi hambaNya. Benar- benar hamba. Saban hari melihat keadaan dunia, aku jadi bimbang dgn umat akhir zaman yg hidupnya terlalu penuh dugaan. Memang pelik dan kadang rasa tak perlu. Siapa aku? Bukan siapa pun. Sekadar bimbang melihatkan kekacauan umat. Baru ini, umat Islam di Jerman diuji apabila kanak- kanak diberi pilihan bebas sama ada untuk menganut agama Islam atau tidak, yang mana itu bermakna mereka akan hidup tanpa agama sehingga boleh menentukan sendiri agama mereka. Sehingga itu, mereka tidak perlu berkhatan, sekiranya atas alasan agama, tapi, sekiranya alasan kesihatan dibenarkan. Itulah padah apabila pemerintahan bukan di bawah naungan Islam. Segalanya huru- hara. Semuanya kacau- bilau. Islam itu indah, tapi keindahan rosak kerana umatnya. Andainya Rasulullah bersama kita...sedihnya baginda..

   Aku terlalu banyak kekurangan dan aku terlalu lemah kerana aku hanya mampu melihat disebabkan diri sendiri yang masih belum melaksanakan kewajipanku sepenuhnya terhadapNya. Apatah lagi, dengan sekecil ujian pun aku dah lemah, hampir tersungkur. Lantas, aku amat berharap Ramadhan yang bakal tiba akan ku guna sebaiknya. Mengharap ini bukan Ramadhan terakhirku, tetapi menganggapnya begitu. Insyaallah. Satu kupinta padaNya, agar aku mampu mendapatkan LAILATULQADAR sebelum AJAL menjemputku. RAMADHAN, sempatkah aku bertemumu? Sempatkah aku laksanakan apa yang ku rancang? Sebab manusia hanya mampu merancang, tambah pula godaan nafsu yang sering membadai. Berjayakah aku mengharunginya kelak? Terlalu banyak yang bermain dibenakku. Semoga aku sempat bertaubat, sempat berubah, sempat menjadi SEBENAR hamba, sempat merasai HALAWATUL IMAN, dan sempat menambah iman dan taqwa..sebelum bertemuNYA.
 
    Mungkin ramai yang tahu, tapi tak sedar, kehidupan di dunia amat singkat, tetapi ada kehidupan yang lebih panjang dan abadi menanti kita. Allah tidak mahu kita takut mati, tetapi aku AMAT TAKUT seandainya aku pergi dalam keadaan tidak bersedia. Sudah tentu aku belum, bekalan apa yang aku dapat bawa untuk menyelamatkan diriku? Berbekalkan iman senipis kulit bawang inikah? Kehidupan yang menanti itu abadi, lantas di persinggahan ini sanggupkah aku ditewaskan hawa nafsu dan hasutan iblis LAKNATULLAH? Tentulah tidak, andai aku dapat melihat catatan amalku, tentu aku tidak mensiakan sedetik waktu pun. Aku ingin menjadi kuat kerana itulah yang lebih ALLAH cintai, dan aku ingin dicintaiNYA..

    AKU mulai sedar, seiring waktu, pemikiranku berubah. Persepsi ku terhadap manusia berbeza. Pandangan terhadap diri sendiri juga tidak sama. Apabila ku baca entri- entri terdahulu, rasa malu sendiri. Tapi takkan ku delete kerana itulah aku. Kalau dulu aku kebudak- budakan, mahu keseronokan semata, kini aku lebih matang (tk matang mane pon). Sekurangnya aku mula mencuba, untuk jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Dan sekurangnya aku yakin MATI ITU PASTI walau kita tak pernah tahu bila. Aku mulai berdoa agar aku, ibu bapaku, keluargaku, sahabat- sahabatku, saudara Islamku dilimpahkan hidayah dan diberi kejayaan di dunia dan akhirat..

TAPI, AKU MASIH INGIN TAHU..CURIOUS with my own path..
Bertambahkah imanku? Ilmuku? Kerana semakin banyak kubaca, kufahami, semakin banyak yang ku rasa kurang. Semakin ku rasa jahil. Aku bukan orang agama, tapi aku BERAGAMA ISLAM. Dan aku ingin bertanggungjawab kerana itu. Bukan menjadi ISLAM atas dasar nama semata!..dan perjalan ini, akan kuterus coretkan selagi DIA pemilikku mengizinkan..

Friday, 22 June 2012

MASIHKAH ADA ESOK?

Bismillahirahmanirrahim..
Semakin bertambah usia yang dipinjam olehNya kepadaku, aku makin tak fahami permainan dunia ini.
Manusia, terlalu kompleks untuk difahami. Punyai, akal dan nafsu yang mampu memilih jalan sendiri. Sayangnya, hanya sebilangan sedikit yang menggunakan dengan sebaiknya. Bagaimana nak jadi insan yang baik? Tentulah, mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan sang pencipta. Pelik, kenapa manusia terlalu pandai berpura- pura?

Mengapa tersenyum jika di dalam hati punyai sekelumit dendam? Punyai perasaan benci sesama sendiri?   
Mengapa bermulut manis jika hati menidakkan?
  Mengapa keburukan dan aib saudara lain sewenangnya dicanang sana sini?
  Mengapa terlalu mudah untuk menghukum dan 'menerakakan' insan lain?
Mengapa sibuk mencari kesalahan insan lain sehingga buta untuk melihat kesilapan sendiri..?
Mengapa?
Mengapa?
Terlalu banyak yang bermain dibenakkan melihatkan keletah insani..
Semakin pening dengan lakonan di pentas dunia ini..
Dan..semakin keliru, bagaimanakah aku ingin menempuhi hari esok? Masihkah ada insan yang benar- benar mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya?


Sebagaimana firman ALLAH:
'Wahai orang- orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam ISLAM secara keseluruhan. Dan janganlah kamu ikuti langkah- langkah syaitan, sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu..'
                                                                                               (AL- BAQARAH:208)

Aku terlalu ingin menemui insan yang sudi membimbingku dan membawa ku ke jalan diredhaiNya hingga hujung hayat ini..
Mungkinkah?
Dapatkah aku bertemunya?


Lihat sahaja dunia hari ini..Umat Islam sendiri saling berbalah- balah sesama sendiri dan itulah yang paling menggembirakan musuh- musuh Islam. Sudah tentulah, mereka amat takut sekiranya umat Islam di dunia ini bersatu padu untuk menghancurkan mereka. Namun, saat ini mereka mungkin tersenyum gembira melihat perpecahan umat ISLAM sendiri. Aku takut kerana terlalu cetek ilmu yang aku miliki. Dengan mudah, aku boleh terpengaruh dan terpedaya dengan nikmat duniawi yang sementara ini. Dan tanda dunia akhir zaman terlalu jelas dan TERLALU BANYAK di hadapan mataku. Masakan aku mampu berdiam diri dan terus hanyut dalam dunia sendiri..


Sabda Rasulullah : "Umat akhir zaman sangat banyak, akan tetapi terumbang- ambing seperti terumbang- ambingnya buih di lautan, dan ALLAH S.W.T pasti mencabut rasa segan dari hati musuh- musuh kamu, serta meletakkan rasa WAHN dihati kamu."
sahabat bertanya : Apakah WAHN ya Rasulullah?
-CINTAKAN DUNIA DAN BENCIKAN KEMATIAN-


Masakan tak merasa sekelumit pun perasaan takut, mengingati amaran dariNya telah muncul di hadapan mata kita satu demi satu... 

Friday, 11 May 2012

kerja,duit?


setakat 3 hari keje oklah..so far so good.. cume...bosan sikit..hehehe tp alhamdulillah, sebab orang kata rezeki tu ada je kalau Allah nak kasi.. kejenye tak penat mane pun, tp gajinye, oklah.. sampai kadang2 rase cam x patut dpt gaji banyak tu pun, keje bukan penat sangat pun..tapi kan tak baik kalau nak tolak rezeki.. hehehe.. tapi sebenarnye, bagi aku yang lagi penting tu pengalaman,...yela, bukan senang nak mengutip pengalaman yang sangat berharga tu..EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER...cewah.. aku dapat rasakan banyak hikmah kje ni..dapat tengok macam2 ragam manusia..lain orang, lain caranya.. di situ kita boleh mula mengenali erti hidup di dunia yang fana ni.. em, dalam erti kata lain..makin matanglah kot..heheh sambil2 tu dapat praktis konfiden nak communicate dengan orang...erm,yeke? erm.. tapi aku just follow the flow sebenarnye, sambil2 fikir ape aku punye cite2..hehehe

Wednesday, 2 May 2012

life....


LIFE sweet, sour, bitter..I'm sure that won't be enough to described it.. i hope.. i can be cool, carefree, do things i like with full hearted..hehe
.. seems like dream.... whatever they say i am going to enjoy this life with my own way.. I used to be sensitive and not that carefree.. Did you think I have no feeling at all when they insulted you to be not care about anyone else? I mean they called it..self-centered...HAHAH Let it be...cause I have my own way...I am not that serious, but I am not that carefree also..just a normal person.. i hate copycat and i appreciate honesty.. ALSO..I respect loyalty.. MEMORIES...is something precious that we never able to get back... but it able to make me stronger and mature in living on the path..

Thursday, 22 March 2012

I love when they taught us to be mature..

Sound serious.. untuk entri ni, aku nak coret2 pasal novel yang aku suke bace.. mungkin betul kata orang, dengan membaca seolah2 kita melihat dunia..hehe..cam poyo je sebab aku nak citer pasal novel kat sini.. utk aku, minat aku terhadap novel ni berubah2 ikot usia dan kematangan kot..dulu suke bace novel2 yang overallnye lovestory smate..but then, the times really change me..sekarang ni aku cam sukela dengan storyteller http://hlovatulis.blogdrive.com/ ni...story die byk mengajar supaye menjadi lebih matang dalam hidup ni...bukan sekadar meneledeni perasaan semata..at least we get something from what she wants to deliver..hehe..cam best Well, tryla bace,..The best novel I have read so far is VERSUS kot..really, dia citer pasal camane someone tu boleh berubah 360 darjah dalam hidup ni.. Pasal sorang awek skateboarder yang hidupnye penuh dgn keseronokan,kawan2 yng maybe overallnye clubbing and uncontrolled social life, akhirnya dia berubah demi cintaNya yang eternal..well, utk penyedapnye,mestila ade si heronye kan..I like this part, where AO yg mulenye tak suke tahap giga kat Min(heroin) ni, gradually change to win her heart..tapi akhirnya disebabkan tu jugak AO ni betul2 menemui 'cinta sejati' dia.. Ayat yg betul2 buat aku terpikir "macam mana nak jadi baik?".."susah ke nak jadi baik?".. Let's think together.. citer ni memang buat kite thinking out of the box tau..really taught me about family, life and this mysterious journey that we never know... http://hlovatehikayat.blogdrive.com/