Tuesday, 25 September 2012

we choose...


Aku ingin berubah menjadi lebih baik..
Aku ingin meninggalkan segala perkara yang membawa aku kepada perkara2 yg melalaikan..
Namun..aku tidak yakin dengan diri sendiri..mampukah aku?? Aku khuatir ia sekadar perkara yg bersifat sementara..imanku terlalu rapuh, mampu runtuh dengan terlalu mudah..
Tapi aku juga sedar bahawa akulah yg perlu terus berusaha dan bangkit..kerana tiada yg mampu merubah diriku melainkan AKU sendiri, insayaallah dengan izinNya.
Aku sedih dan kesal dengan diri sendiri, itulah hakikatnya. Walaupun kelihatannya aku gembira, aku sedar jiwaku ini ‘sakit’..
Dan kini aku sedang mula mencari penawar jiwaku ini.. Aku dapat merasakan bahawa aku terlalu jahat..terlalu kotor.
Aku terlalu keras hati, ego, mudah melatah..dan inilah yg membuat aku kecewa. Aku tidak dapat menipu diri sendiri lagi. Akulah yang yang bersalah ke atas segala masalah yang menimpa aku. Akulah yang patut bertanggungjawab.
Aku terlalu mementingkan diri sendiri dan mengikut amarah diri..akhirnya akulah yang tewas dan menjadi seorang yang jahat itu..
Aku HAMBA yang berdosa..
Aku terlalu hina..
Aku malu dengan KHALIQ penciptaku..yg mengetahui segala isi hatiku..
Wujudnya perasaan benci dari hitamnya hati..aku sedar tentang itu..Dan akulah yang berhati hitam itu.

Wednesday, 5 September 2012

syukur vs kufur??

Bismillahirahmanirrahim..
    Di hening malam, aku terfikir, betapa beruntungnya aku hidup di muka bumi ini. Aku dipinjamkan nikmat iman dan islam. Nikmat keluarga, pelajaran, keamanan dan pelbagai lagi yang terlalu banyak untuk disebut satu persatu. Aku dipinjamkan kedua ibu bapaku. Dan aku juga amat menyedari bahawa sesetengah dari sahabat2 aku sendiri sudah ditarik kembali nikmat ini. Namun, aku sering membantah kata mereka, tidak cuba memahami situasi mereka, beranggapan buruk terhadap mereka dan pelbagai lagi.
   Aku cukup sedar akan semua itu. Dan aku turut merasakan kejahilan dan kejahatan diri ini..betapa aku hina..betapa aku seorang yang kufur. Tidak mensyukuri nikmat yang dipinjamkan ini..jahat..jahat..jahat..
Aku malu dengan diri sendiri..yang penuh dosa..yang sering mengikuti hawa nafsu yang mengikut kehendak duniawi..Aku marah dengan diri sendiri. dAN AKU TERUS MERASAKAN BETAPA KERDILNYA DIRI INI.
   Aku memerhatikannya. Aku sering merasakan betapa hina aku dibandingkan dengannya. Betapa dia suci, berakhlak dan aku terus mengagumi dan menyanjungi insan ini. Dan aku cuba untuk mengikut jejak langkahnya, Semoga pemilikku yang satu, mengizinkannya..aku cuba menyingkir perasaan yang datang, kerana aku terlalu kerdil berbandingnya. Dia begitu sempurna dimataku. Aku terlalu banyak khilafnya,terlalu besar amarahnya, terlalu jahil..dan aku cuba membaiki diri ini, dan semoga ALLAH bersamaku..
~selagi jantung ini berdegup, selagi nadi masih bernyawa~