Bismillahirahmanirrahim..
Semakin bertambah usia yang dipinjam olehNya kepadaku, aku makin tak fahami permainan dunia ini.
Manusia, terlalu kompleks untuk difahami. Punyai, akal dan nafsu yang mampu memilih jalan sendiri. Sayangnya, hanya sebilangan sedikit yang menggunakan dengan sebaiknya. Bagaimana nak jadi insan yang baik? Tentulah, mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan sang pencipta. Pelik, kenapa manusia terlalu pandai berpura- pura?
Mengapa tersenyum jika di dalam hati punyai sekelumit dendam? Punyai perasaan benci sesama sendiri?
Mengapa bermulut manis jika hati menidakkan?
Mengapa keburukan dan aib saudara lain sewenangnya dicanang sana sini?
Mengapa terlalu mudah untuk menghukum dan 'menerakakan' insan lain?
Mengapa sibuk mencari kesalahan insan lain sehingga buta untuk melihat kesilapan sendiri..?
Mengapa?
Mengapa?
Terlalu banyak yang bermain dibenakkan melihatkan keletah insani..
Semakin pening dengan lakonan di pentas dunia ini..
Dan..semakin keliru, bagaimanakah aku ingin menempuhi hari esok? Masihkah ada insan yang benar- benar mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya?
Sebagaimana firman ALLAH:
'Wahai orang- orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam ISLAM secara keseluruhan. Dan janganlah kamu ikuti langkah- langkah syaitan, sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu..'
(AL- BAQARAH:208)
Aku terlalu ingin menemui insan yang sudi membimbingku dan membawa ku ke jalan diredhaiNya hingga hujung hayat ini..
Mungkinkah?
Dapatkah aku bertemunya?
Lihat sahaja dunia hari ini..Umat Islam sendiri saling berbalah- balah sesama sendiri dan itulah yang paling menggembirakan musuh- musuh Islam. Sudah tentulah, mereka amat takut sekiranya umat Islam di dunia ini bersatu padu untuk menghancurkan mereka. Namun, saat ini mereka mungkin tersenyum gembira melihat perpecahan umat ISLAM sendiri. Aku takut kerana terlalu cetek ilmu yang aku miliki. Dengan mudah, aku boleh terpengaruh dan terpedaya dengan nikmat duniawi yang sementara ini. Dan tanda dunia akhir zaman terlalu jelas dan TERLALU BANYAK di hadapan mataku. Masakan aku mampu berdiam diri dan terus hanyut dalam dunia sendiri..
Sabda Rasulullah : "Umat akhir zaman sangat banyak, akan tetapi terumbang- ambing seperti terumbang- ambingnya buih di lautan, dan ALLAH S.W.T pasti mencabut rasa segan dari hati musuh- musuh kamu, serta meletakkan rasa WAHN dihati kamu."
sahabat bertanya : Apakah WAHN ya Rasulullah?
-CINTAKAN DUNIA DAN BENCIKAN KEMATIAN-
Masakan tak merasa sekelumit pun perasaan takut, mengingati amaran dariNya telah muncul di hadapan mata kita satu demi satu...