Semalam ade mat indon ni tepon..misteri kot sebab dia guna private number.
memula ingat ayah aku coz dia guna private number jugak. So, dengan sempoinya, aku pun angkat.
"hello",
"Assalamualiakum cik, ini nombor 014-#$%#$ ya?",kedengaran suara garau mat indon.
"Ye, ade ape?",aku jawabla. (jwab salam dia dalam hati je sebab kecurigaan yang mendalam- asal tetibe mat indon tepon nih)..
"Nama saya Haji....(tah pebende ta ingat sebab memang tak clear dia cakap-slang indon yang pastinye), dari celcom. tahniah diucapkan kepada cik sekeluarga kerana telah memenangi wang sebanyak lima ribu ringgit".
Apasal tetibe dapat lima ribu nih?-memule ingat dapat biasiswa ke-(hehe, angan2 kot)
"Nombor cik ni kami pertandingkan dengan nombor celcom lain dan nombor cik telah terpilih sebagai pemenang tempat ketiga dan mendapat lima ribu ringgit. cik ade guna atm tak?", mat indon said.
Dengan slang Indon tu aku jadi kepekakan sikit..(kecurigaan semakin bertambah)
"hah, ape?"
"atm, atm..cik gune atm tak?"
"maksudnye kad atm ke?", dengan slumber aku tanye.
"ya, iya,"..
"erm, kenape?", (pelik dah ni-tanye2 pasal atm plak)
"cik pakai bank apa ya? bank islam atau pertanian atau simpanan nasional?"(sila sebut BAKU-bank=BANG)
"maybank"
berlakula sesi ceramah dia- mat indon ni cakap berbelit sikit untuk otak simple cam aku ni paham
tapi yang pasti dia kata kena keluarkan duit tu petang tu jugak..hem..nak caye ke tak??
dalam 2 minit kot dia terangkan pasal prosedur2 utk tebus lima ribu tu- tapi aku letak jauh2 gagang tepon tu sebab memang pening kepale aku dengar dia cakap(lebih tepat lagi terase cam kene bebel dalam base indon)..
So, kerana penat mendengar, aku pun buat keputusan untuk off je fon tu..
Pastu dia call lagi..aduS..
Aku off lagi..
dan lagi..(peristiwa berulang sebanyak 3 kali)
Huh..nasib baikla 3 kali je dia tepon..
so, konklusinya tak tahula tu betul ke tak menang lima ribu..
Tapi rase memang tipu sebab tak penah dengar pun celcom ada buat contest camtu. Kalau betul dapat lima ribu pun tak kesah sebab malas nak paham benda yang dia (mat indon) tu cakap.
Lagipun, kanapa mesti guna private number, dan kenapa mat indon??
sejak bila operator celcom mat indon?-tak taula kalau memang selame ni ade-
Dan kenape ade title Haji?? Apa tujuan dia? Untuk buat orang pecayekan dia kot?-mungkin jugak dia memang Haji
yang penting aku memang malas nak fikir pasal lima ribu serta mat indon yang kurang difahami tu...(walaupun hakikatnye mmgla seronok dapat duit kan)
Daripada tiba2 kena tipu. tak ke naya tu..
.huh..rase nak tuka number pon ade..














No comments:
Post a Comment